Friday, July 3, 2009

Ahlul Kitab

Makna Bahasa

Kata ahl berasal dari kata ahila-ya’halu-ahlan. Al-Ahl ertinya adalah famili, keluarga, kerabat. Ahl ar-rajul ertinya adalah isterinya, ahl ad-dâr ertinya penduduk kampung, ahl al-’amr ertinya penguasa, ahl al-madzhab ertinya orang-orang yang beragama dengan mazhab tersebut, ahl al-wabar ertinya penghuni kemah (pengembara), ahl al-madar atau ahl al-hadhar ertinya orang yang sudah tinggal menetap. 1)

Dari pengertian di atas, kata ahl jika disambung dengan al-kitâb, tampaknya yang paling sesuai pengertiannya secara bahasa, adalah orang-orang yang beragama sesuai dengan al-Kitab. Dengan ungkapan lain, mereka adalah para penganut atau pengikut al-Kitab.

Makna Istilah

Al-Quran telah mengecualikan kaum Muslim dari sebutan Ahlul Kitab meskipun kaum Muslim beragama sesuai dengan kitab samawi, iaitu al-Quran. Berikutnya, sebutan Ahlul Kitab secara syar’i hanya menunjuk kepada Yahudi dan Nasrani, tidak mencakup selain keduanya.

Kata Ahlul Kitab dinyatakan di dalam 31 ayat al-Quran.2) Al-Quran menggunakan kata Ahl al-Kitâb hanya dengan penunjukkan kepada dua golongan, iaitu Yahudi dan Nasrani. Terbukti bahawa semua ayat Ahl al-Kitâb menunjuk kepada dua golongan tersebut. Hal ini dapat kita pahami dari penafsiran para mufasir terhadap ayat-ayat tersebut, juga dari sebab-sebab turunnya.

Pada masa Rasulullah SAW dan masa sahabat terma Ahl al-Kitâb selalu digunakan hanya untuk menunjuk dua komuniti pemeluk agama Yahudi dan Nashrani. Selain dua komuniti tersebut tidak disebut sebagai Ahl al-Kitâb.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa Ahl al-Kitâb hanya Yahudi dan Nasrani dari Bani Israel, sedangkan di luar Bani Israel, sekalipun beragama Yahudi atau Nasrani, tidak termasuk Ahl al-kitâb. Mereka berargumentasi bahawa Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. hanya diutus untuk kaumnya, iaitu Bani Israel. Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa objek seruan Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. yang diutus hanya Bani Israel. Akan tetapi, hal itu tidak menunjukkan tidak bolehnya orang di luar Bani Israel mengikuti risalah Taurat dan Injil; juga tidak menunjukkan bahawa pengikut Taurat dan Injil selain Bani Israel tidak termasuk Ahl al-Kitâb. Apalagi bahawa orang-orang Arab (bukan keturunan Bani Israel) pada masa Nabi SAW tetap dimasukkan sebagai bahagian Ahl al-Kitâb, di samping kerana sebutan Ahl al-Kitâb adalah umum untuk semua orang yang menganut agama Yahudi dan Nasrani.

Imam ath-Thabari, ketika menafsirkan surat Ali Imran ayat 64, menyatakan, “Ahl al-Kitâb bersifat umum mencakup seluruh pengikut Taurat dan pengikut Injil. Yang demikian sudah diketahui bersama, yakni bahawa yang dimaksud dengn Ahl al-Kitâb adalah dua golongan itu seluruhnya.” Hal senada juga dinyatakan oleh asy-Syaukani dalam tafsir Fath al-Qadîr. 3)

Imam Ibn Katsir, ketika menafsirkan ayat tersebut, menyatakan, “Seruan ini bersifat umum mencakup seluruh Ahl al-Kitâb, iaitu Yahudi dan Nasrani, serta siapa saja yang berjalan di atas jalan mereka.” 4)

Ertinya, setiap orang yang menganut agama Yahudi atau Nasrani, sekalipun bukan keturunan Bani Israel, adalah bahagian dari Ahl al-Kitâb.

Ada juga sebahagian kaum Muslim yang beranggapan bahawa sekarang Ahl al-Kitâb sudah tidak ada. Ertinya, orang Yahudi dan Nasrani sekarang bukanlah Ahl al-Kitâb. Mereka berargumentasi, Ahl al-Kitâb adalah orang Yahudi dan Nasrani pada masa Rasulullah SAW atau menjalankan ajaran Taurat dan Injil yang sebenarnya secara lurus.

Pendapat tersebut kurang tepat. Sebab, penyimpangan orang Yahudi dan Nasrani juga sudah terjadi pada masa Rasul SAW bahkan sudah berlangsung sebelum masa beliau. Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa orang Nasrani pada waktu itu sudah meyakini idea triniti 5), meyakini bahawa al-Masih Putra Maryam adalah Allah 6), meyakini al-Masih adalah anak Allah 7), menyekutukan Allah dengan menjadikan rahib-rahib dan orang-orang besar mereka sebagai tuhan selain Allah (orang Yahudi juga berperilaku sama) 8), dan penyimpangan Nasrani lainnya masih banyak. Sedangkan orang Yahudi berkeyakinan bahawa Uzair adalah anak Allah 9), menutupi kebenaran dengan memalsukan isi Taurat 10) dan banyak penyimpangan lainnya.

Ertinya, orang Yahudi dan Nasrani memang sudah menyimpang sejak masa Rasul SAW. Oleh kerananya, mereka dengan jelas digolongkan sebagai orang kafir 11). Adapun sekarang, penyimpangan mereka bertambah lebih banyak lagi. Namun, status mereka adalah sama dengan pada masa Rasul SAW iaitu termasuk orang kafir.

Ada pendapat yang dikembangkan oleh kalangan Islam Liberal. Menurut mereka, Ahl al-Kitâb bukan hanya orang Yahudi dan Nasrani, tetapi mencakup semua penganut agama yang memiliki kitab suci termasuk Hindu, Budha, Konghuchu, Sinto, dll. Pendapat ini adalah pendapat batil.

Rasul SAW dan para sahabat pada waktu itu mengetahui tentang orang Majusi dan agama mereka. Namun, orang Majusi tidak mereka sebut sebagai Ahl al-Kitâb. Imam Malik bin Anas meriwayatkan bahawa Umar pernah menyebut Majusi lalu berkata, “Saya tidak tahu bagaimana memperlakukan urusan mereka.”

Kenyataan bahawa mereka bukan Ahlul Kitab juga diperkuat oleh fakta bahawa hukum tentang Ahlul Kitab tidak diterapkan semua atas mereka. Hasan bin Muhammad bin ’Ali bin Abi Thalib menuturkan :

Rasulullah SAW menulis surat kepada orang-orang Majusi Hajar. Beliau menyeru mereka pada Islam. Siapa saja yang masuk Islam diterima, sedangkan yang tidak, dikenakan atas mereka kewajiban membayar jizyah, hanya saja sembelihan mereka tidak boleh dimakan dan wanita mereka tidak boleh dinikahi (HR al-Baihaqi). 12)

Hadis ini menjelaskan perlakuan seperti terhadap Ahlul Kitab dalam hadis Imam Malik di atas, iaitu bahawa perlakuan sama itu tidak dalam semua hal, tetapi hanya dalam masalah jizyah. Ertinya, orang Majusi juga dikenai kewajiban membayar jizyah, tetapi mereka termasuk orang-orang musyrik.

Walhasil, Ahlul Kitab secara syar‘i hanyalah orang-orang beragama Yahudi dan Nasrani baik dulu pada masa Rasul SAW dan para sahabat ataupun masa sekarang dan yang akan datang.

Terhadap Ahlul Kitab, Islam memberikan hukum yang berbeda dengan kaum musyrik : sembelihan Ahlul Kitab boleh dimakan dan kaum wanitanya yang muhshanat (yang senantiasa menjaga diri dan kesuciannya) boleh dinikahi, yang menurut banyak ulama harus memenuhi syarat-syarat tertentu.

0 comments:

Post a Comment

Template by : kendhin x-template.blogspot.com